Jesselton,
British North Borneo, Atkinson Clock Tower and Government Offices, c. 1910.
source Wikimedia
Atkinson
clock tower di bina untuk memperingati Francis George Atkinson, yang mana pada
ketika itu Francis George Atkinson merupakan pegawai daerah Jesselton pertama
yang meninggal dunia akibat Borneo Fever atau lebih dikenali sebagai Malaria. Francis
George Atkinson meninggal dunia pada Disember 1902 ketika usia 28 tahun. Ibunya
Mary Edith Atkinson telah memperkenalkan menara jam dua muka bertujuan untuk memperingati Francis George Atkinson dan kemudiannya diputuskan
bahawa sebuah menara jam akan di bina sebagai penghormatan. Pada awalnya, Jalan
tersebut juga di namakan bersempena dengan nama Atkinson iaitu Atkinson Drive
sebelum diubah kepada Jalan Istana.
British North Borneo Government:
Francis George Atkinson, 1st district officer of Jesselton source Wikimedia
Menara jam pada asalnya dibina
menggunakan Kayu Mirabau. Pembinaan menara tersebut dibiayai oleh rakan rakan
Atkinson dan juga dengan dana tambahan yang disalurkan dari pembuat kapal yang
mengunjungi kapal angkatan laut. Masih dalam pembinaan, jam tersebut sudah mula berfungsi
pada 19 April 1905 dan bunyinya dapat didengari di seluruh bandar. Menara jam
siap sepenuhnya pada tahun yang sama. Menara Atkinson menjadi petujuk arah pelabuhan
kepada kapal kapal di laut kerana menara jam pada ketika itu dapat di lihat
dari laut. Menara jam di terangi dengan lampu pada waktu malam dan digunakan
sebagai mercu tanda penghantaran.
Menara jam ini telah menghidupkan
sejarahnya yang tersendiri, selepas 105 tahun sebidang tanah sempit di depan
menara telah dibangunkan secara meluas dengan bangunan tinggi yang menghalang
pemandangan menara jam ke laut. Melihat kepada sejarah kota Jesselton, pembentukannya
dari tahun 1900 an hingga ke hari ini, betapa pentingnya menara jam itu sebagai
titik rujukan dan tanda pertumbuhan koloni British suatu ketika dahulu, bandar
yang dahulunya di kenali sebagai Jesselton kini dikenali sebagai pusat bandar
Kota kinabalu. Direkodkan pada tahun 1950, Jabatan penyiaran Radio Sabah terletak
berdekatan dengan menara jam.
photo by Broken_Wings28
Tahun berganti, menara jam mengalami
banyak transformasi. Penambahbaikan dan pengubahsuaian telah mengubah rupa
asalnya. gun fire machine yang
digunakan semasa peperangan telah menyebabkan kerosakan menara jam. Menara jam
telah dibaiki dan di selenggara oleh Yick Ming Watch Dealer. Pada tahun 1959,
menara jam telah diubahsuai untuk sambutan perayaan Jesselton's Diamond Jubilee. Kayu dan atap menara telah diganti. Pengubahsuaian
yang seterusnya telah dijalankan pada tahun 1961, tombol jam diganti dan angka
jam ditukar dengan warna hitam dengan latar belakang yang putih supaya dapat
dilihat dengan jelas. Penambahbaikan seterusnya berlaku pada Mei 2012 dan Julai
2016. Pada 23 Februari 2018, menara jam telah diiktiraf sebagai satu daripada
24 tapak warisan di negeri Sabah yang diwartakan oleh Sabah's State Heritage Council di bawah enakmen baru iaitu Enakmen
Warisan Negeri 2017.