); SEJARAH JAMBATAN TAMPARULI ~ Flying High

Thursday, September 12, 2019

SEJARAH JAMBATAN TAMPARULI




 Notes: Jambatan Tamparuli adalah jambatan laluan kereta untuk menyeberangi sungai dan bukannya jambatan gantung Tamparuli
Jambatan Tamparuli masih kukuh shinggah ke hari ini
Nama Solungkoi di ukir pada salah satu cerucuk besi yang di tanam bersamanya, ukiran nama Solungkoi masih dapat di lihat hingga ke hari ini.



Photo credit to Nursalmanujang

Di sebalik keutuhan Jambatan Tamparuli tersirat Kisah menyayat hati yang menjadi cerita turun temurun dari zaman nenek moyang sehinggalah hari ini. kisah tragis yang meragut Nyawa akibat dari rasa cemburu, pengkhianatan dan Cinta segitiga diantara Solungkoi (gadis Tamparuli yang amat cantik rupa parasnya) bersama Robinson (pegawai British) dan Intang (Pemuda tempatan yang menaruh hati terhadap Solungkoi­) Namun Cinta Intang bertepuk sebelah tangan kerana Solungkoi lebih menyukai Robinson.

Robinson adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pembinaan jambatan di Tamparuli, namun Jambatan yang di usahakan tidak pernah siap malahan sering kali roboh di telan arus sungai, oleh kerana itu, orang kampung menasihatkan Robinson bertemu dengan Odu yang merupakan seorang pakar kebathinan kampung. Hasil pertemuan itu, Odu menyatakan kepada Robinson kononnya pembinaan jambatan selalu gagal disebabkan oleh kemarahan Hantu Air (Tonduakar).

Nyawa seorang gadis perawan yang cantik Perlu diberikan Untuk meredakan kemarahan Hantu Air. Intang yang turut mengetahui hal ini mengambil kesempatan kerana rasa dendamnya terhadap Solungkoi. Intang memujuk Odu untuk memilih Solungkoi untuk di jadikan korban dalam ritual jambatan berkenaan. Odu yang terhasut dengan kata kata Intang memberitahu Robinson bahawa Hantu Air iaitu Tonduakar menginginkan Solungkoi sebagai Korban. Antara cinta dan kedudukan yang di berikan oleh British, Robinson akhirnya mengkhianati kepercayaan Solungkoi. Solungkoi di beri minuman sehingga mabuk dan ketika Solungkoi mabuk, kaki dan tangannya di ikat untuk upacara korban berkenaan.

Ritual berkenaan menginginkan Solungkoi di tanam hidup hidup dengan cerucuk besi yang di tanam pada tiang jambatan, tangisan dan rintihan Solungkoi tidak di hiraukan oleh Robinson dan penduduk kampung. Sebelum Solungkoi tenggelam dengan cerucuk besi yang di tanam Solungkoi sempat bersumpah bahawa Jambatan Tamparuli ini TIDAK AKAN KUKUH selagi Nyawa dan Darah Robinson tidak bersama dalam jambatan ini. Selepas upacara selesai, Robinson menyesali perbuatannya dan membunuh diri di jambatan berkenaan.


Share:

0 comments:

Post a Comment

Calendar Widget by CalendarLabs

About Me

Followers