); BUKIT PERAHU TAMPARULI ~ Flying High

Friday, September 13, 2019

BUKIT PERAHU TAMPARULI


LOKASI BUKIT PERAHU (Map link)

           



             Bukit perahu atau lebih dikenali dengan nama Ruhiang Hill terletak di daerah kecil Tamparuli iaitu kira kira 700 Meter dari pekan Tamparuli dengan ketinggian 300 meter. Untuk ke Bukit perahu, terdapat dua laluan, laluan pertama adalah melalui kampung Ruhiang dan laluan ke dua iaitu melalui pekan Tamparuli, masuk ke simpang Kampung Togop. Simpang kampung togop terletak berhadapan dengan stesen Minyak Petron.

            Menurut penduduk kampung Ruhiang, Bukit Ruhiang di beri nama bukit perahu kerana terdapat batu besar yang menyerupai boat di salah satu bahagian bukit tetapi kedudukan batu tersebut menjadi misteri kerana tidak ada seorang pun yang mengetahui lokasi sebenar batu boat itu. Dikhabarkan oleh penduduk setempat batu berkenaan sukar di temui jika pendaki ingin mencari batu berkenaan. Batu itu hanya boleh dilihat oleh individu yang tidak berniat untuk mencari batu tersebut.

            Selain daripada Bukit Ruhiang, bukit perahu juga di kenali sebagai St. Veronica Hill kerana penganut Roman Catholic menggunakan bukit perahu utnuk merayakan stations of the cross. Bukit perahu di beri nama St. Veronica hill oleh penganut Roman Catholic dari St Philip Roman Catholic Church. Terdapat beberapa salib kayu di tanam sepanjang laluan dan satu salib besar berwarna putih di tanam berdekatan dengan puncak bukit perahu.

            Bukit perahu bukan sahaja untuk aktiviti mendaki malahan penggemar aktiviti paragliding juga datang ke bukit Perahu kerana bukit Perahu merupakan salah satu point untuk aktiviti paragliding. Pendaki bukit perahu biasanya datang mendaki seawal jam 5 pagi untuk melihat matahari terbit dan jam 4 hingga jam 5.30 petang untuk lihat matahari terbenam.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Calendar Widget by CalendarLabs

About Me

Followers