); ATKINSON CLOCK TOWER KOTA KINABALU SABAH ~ Flying High

Saturday, September 14, 2019

ATKINSON CLOCK TOWER KOTA KINABALU SABAH


           
Jesselton, British North Borneo, Atkinson Clock Tower and Government Offices, c. 1910.
source Wikimedia

            Atkinson clock tower di bina untuk memperingati Francis George Atkinson, yang mana pada ketika itu Francis George Atkinson merupakan pegawai daerah Jesselton pertama yang meninggal dunia akibat Borneo Fever atau lebih dikenali sebagai Malaria. Francis George Atkinson meninggal dunia pada Disember 1902 ketika usia 28 tahun. Ibunya Mary Edith Atkinson telah memperkenalkan menara jam dua muka bertujuan untuk memperingati Francis George Atkinson dan kemudiannya diputuskan bahawa sebuah menara jam akan di bina sebagai penghormatan. Pada awalnya, Jalan tersebut juga di namakan bersempena dengan nama Atkinson iaitu Atkinson Drive sebelum diubah kepada Jalan Istana.

British North Borneo Government: Francis George Atkinson, 1st district officer of Jesselton source Wikimedia

            Menara jam pada asalnya dibina menggunakan Kayu Mirabau. Pembinaan menara tersebut dibiayai oleh rakan rakan Atkinson dan juga dengan dana tambahan yang disalurkan dari pembuat kapal yang mengunjungi kapal angkatan laut. Masih dalam pembinaan, jam tersebut sudah mula berfungsi pada 19 April 1905 dan bunyinya dapat didengari di seluruh bandar. Menara jam siap sepenuhnya pada tahun yang sama. Menara Atkinson menjadi petujuk arah pelabuhan kepada kapal kapal di laut kerana menara jam pada ketika itu dapat di lihat dari laut. Menara jam di terangi dengan lampu pada waktu malam dan digunakan sebagai mercu tanda penghantaran.

            Menara jam ini telah menghidupkan sejarahnya yang tersendiri, selepas 105 tahun sebidang tanah sempit di depan menara telah dibangunkan secara meluas dengan bangunan tinggi yang menghalang pemandangan menara jam ke laut. Melihat kepada sejarah kota Jesselton, pembentukannya dari tahun 1900 an hingga ke hari ini, betapa pentingnya menara jam itu sebagai titik rujukan dan tanda pertumbuhan koloni British suatu ketika dahulu, bandar yang dahulunya di kenali sebagai Jesselton kini dikenali sebagai pusat bandar Kota kinabalu. Direkodkan pada tahun 1950, Jabatan penyiaran Radio Sabah terletak berdekatan dengan menara jam.


photo by Broken_Wings28

     Tahun berganti, menara jam mengalami banyak transformasi. Penambahbaikan dan pengubahsuaian telah mengubah rupa asalnya. gun fire machine yang digunakan semasa peperangan telah menyebabkan kerosakan menara jam. Menara jam telah dibaiki dan di selenggara oleh Yick Ming Watch Dealer. Pada tahun 1959, menara jam telah diubahsuai untuk sambutan perayaan Jesselton's Diamond Jubilee. Kayu dan atap menara telah diganti. Pengubahsuaian yang seterusnya telah dijalankan pada tahun 1961, tombol jam diganti dan angka jam ditukar dengan warna hitam dengan latar belakang yang putih supaya dapat dilihat dengan jelas. Penambahbaikan seterusnya berlaku pada Mei 2012 dan Julai 2016. Pada 23 Februari 2018, menara jam telah diiktiraf sebagai satu daripada 24 tapak warisan di negeri Sabah yang diwartakan oleh Sabah's State Heritage Council di bawah enakmen baru iaitu Enakmen Warisan Negeri 2017.


Share:

0 comments:

Post a Comment

Calendar Widget by CalendarLabs

About Me

Followers